#Prolapsed uterus/ Rahim jatuh/ Rahim longgar?

Wanita merupakan insan yang teristimewa. Mereka dianugerahkan dengan rahim untuk melahirkan zuriat.

Seorang pesakit di klinik saya mengadu bahawa terdapat #Ketulan di bahagian farajnya dan mengalami kesukaran untuk membuang air besar.

Kadang kala beliau merasa tidak selesa ketika melakukan kerja seharian.

Apa itu Prolapsed uterus?

Prolapsed Uterus adalah satu keadaan di mana #Rahim jatuh ke bawah. Kadang-kala ia terkeluar dari saluran faraj.

Keadaan ini kebiasaannya disebabkan oleh ligament dan otot yang memegang rahim menjadi lemah akibat dari kelahiran dan kehamilan, menopaus atau factor usia.

Tanda-tanda Prolapsed Uterus:
• Terasa ada sesuatu terkeluar di bahagian faraj.
• Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
• Sakit belakang.
• Kencing tidak terkawal
• Sukar buang air kecil / besar.

Apakah langkah pencegahan dari berlakunya prolapsed uterus ini adalah:

[Tips 1] Kawal berat badan kerana kegemukan adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang berlakunya perkara ini.

[Tips 2] Melakukan #pelvic floor exercise / kegel exercise/senaman kemut untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin.

[Tips 3] Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin.

[Tips 4] Elakkan berdiri terlalu lama.

[Tips 5] Elakkan mengandung yang kerap dan rapat (Rahim memerlukan masa menjalani proses pemulihan)

[Tips 6] Berjumpa doktor atau menjalani rawatan fisioterapi daripada ahli fisioterapi yang bertauliah.

Setelah menjalani rawatan selama 5 sesi, beliau senang untuk membuang air besar dan ketulan di bahagian farajnya #tidak kerap keluar lagi.

Klinikal Fisioterapi,
Zureen Atikah
Biorehab Physiotherapy Centre – Kulai
#Happy Mothers Day

 

== BioRehab Physiotherapy Centre – Kulai 古来物理治疗中心 ==

Address: No. 5252, Jalan Matahari, Indahpura, 81000, Kulai, Johor, Malaysia

Tel: +6014-775 2980 (Call/Whatapps/WeChat)

Email: kulaiphysio@gmail.com

Website: https://kulaiphysio.wordpress.com

FB Messenger URL: http://m.me/KulaiPhysio