SELAMAT HARI IBU. NAK TANYA BILA KALI TERAKHIR KAMU SEBAGAI ANAK GEMBIRAKAN HATI IBU UOLS?
Cinta ibu ini tiada tandingannya kan?
Setiap anak pasti ingin membalas jasa kedua ibu bapa mereka. Namun kekangan masa sering menjadi punca atau penghalang untuk kita meluangkan masa bersama keluarga.
Bayangkan semasa kita kecil dulu, mereka bersusah payah membesarkan kita tanpa pernah mengeluh.
Belum sentuh lagi bab mereka sanggup berkorban macam-macam untuk kita. Ishh macam potong bawang kalau cakap pasal ibu ni kan?
Pernahkah anda ternampak ibu anda tidur dalam kepenatan setelah penat seharian bekerja. Wajah kepenatan terpancar di muka mereka. Tapi mereka tidak pernah mengadu atau merungut walaupun mereka sakit.
Okey ini nak story sikit pasal seorang pesakit di klinik kami. Madam Paroo mengalami sakit pinggang beberapa minggu lalu dan ia menyukarkan beliau melakukan aktiviti seharian akibat sakit yang melampau.
Keprihatinan sebagai seorang anak, anak beliau telah menghantar ibunya ke klinik kami. Anak mana tidak sayang ibu.
Selepas menjalani rawatan fisioterapi (seperti Manual terapi, elektikal terapi dan senanam), madam Paroo merasakan sakit di bahgian pinggangnya berkurangan.
Jikalau dahulunya ketika kali pertama datang ke klinik kami, beliau berasa rasa sakit yang melampau di bahagian pinggang. Kini beliau sudah boleh tersenyum.
P/s: Walaupun kita tidak mempunyai banyak masa untuk mereka tapi sekurangnya meluangkan lah sedikit masa untuk bertanya khabar mengenai mereka.
Selamat Hari Ibu Sedunia!
Klinikal Fisioterapi,
Zureen Atikah,
Biorehab Physiotherapy Centre – Kulai
== BioRehab Physiotherapy Centre – Kulai 古来物理治疗中心 ==
Address: No. 5252, Jalan Matahari, Indahpura, 81000, Kulai, Johor, Malaysia
Tel: +6014-775 2980 (Call/Whatapps/WeChat)
Email: kulaiphysio@gmail.com
Website: https://kulaiphysio.wordpress.com
FB Messenger URL: http://m.me/KulaiPhysio